Skip to main content

Posts

Upanishad

Pendahuluan  Upanishad merupakan bahagian Veda yang berunsur falsafah. Maka, ajaran Veda yang paling utama terkandung dalam bahagian Upanishad.  Upanishad merupakan suatu kelas kitab suci yang paling utama dalam memelihara dan mempengaruhi agama Hindu selama beribu-ribu tahun.  Upanishad meraikan kemenangan kerohanian ke atas material dan kemenangan manusia ke atas alam. Dengan ini, Upanishad telah membina, memperkukuh, dan melindungi suatu tradisi kerohanian yang hebat. Upanishad menggabungkan intelek dan pengalaman mistik. Malah boleh dikatakan bahawa tidak ada sebarang gerakan falsafah atau mazhab agama di India yang tidak dipengaruhi oleh Upanishad. Sebaliknya, banyak gerakan atau mazhab agama ini telah mendapat martabat tinggi atau diterima oleh masyarakat India hanya kerana mereka mengikuti hala yang dicerahi oleh ilmu Upanishad. Para cendekiawan India telah menemui pengaruh Upanishad dalam kehidupan agama-kebudayaan di negara-ne...

Narada Bhakti Sutras

Narada Muni Pengenalan  "Jalan yang terbaik untuk bersatu dengan Tuhan ialah dengan mengikuti laluan Cinta Ketuhanan yang diajar oleh Narada." ~ Sri Ramakrishna Narada Bhakti Sutra merupakan sebuah karya klasik dan otoriti utama falsafah Bhakti. Karya ini dipercayai dihasilkan oleh Narada, seorang Rishi yang amat terkenal dalam zaman Purana.  Kitab ini menggariskan proses Bhakti (Cinta pada Tuhan) atau Bhakti Yoga. Oleh itu, Narada Bhakti Sutra menjadi sebuah kitab suci yang penting dalam tradisi Bhakti dalam agama Hindu, terutamanya golongan Vaishnava dan Vedantin.   Karya ini juga disanjung tinggi kerana gaya bahasanya yang pendek dan mudah difahami. Ini mungkin kerana Narada hanya merekodkan pengalamannya sendiri. Kitab ini tidak memberikan sebarang teori atau falsafah yang rumit, tetapi suatu panduan ringkas untuk membantu orang-orang yang hendak menjalani disiplin rohani.  Narada juga merakamkan pengalaman dan penga...

Thirukkural & Agama Hindu

Thirukkural dikenali sebagai suatu teks klasik dunia. Teks Tamil ini bukan sahaja suatu mahakarya yang penuh dengan nilai-nilai estetik dan kesusasteraan, tetapi ia juga suatu panduan hidup untuk seluruh umat manusia. Meskipun Thirukkural menjadi kitab untuk seluruh umat manusia tanpa mengenal agama, kaum, bangsa, darjat, dan seumpamanya yang membawa perbezaan sesama manusia, memang tidak dapat dinafikan bahawa Thirukkural patut kepada segala hukum-hukum asas agama Hindu. Thiruvalluvar tidak pada bila-bila masa pun mencabar atau menafikan sebarang hukum asas agama Hindu.  Doa dan Pujian Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa. Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa.  Thiruvalluvar, penulis Thirukkural Sumber: Pinterest Thirukkural bermula begini: "Agara mudala ezhuththellam Aadhi  Bhagavan mudhatre ulaku." "'A' adalah abj...

Apa Kata Mereka Mengenai Agama Hindu?

Sri Ramakrishna  Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para Rishi, akan kekal. Agama yang Abadi, agama para Rishi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang. Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya. (Terjemahan daripada The Gospel of Sri Ramakrishna ) Swami Vivekananda  Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini:...