Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Dewi-Dewi Hindu

Rig Veda , rekod agama yang tertua di India, menampilkan suatu masyarakat yang dikuasai oleh dewa-dewa. Dewi-dewi hanya mendapat kedudukan yang kurang penting dalam masyarakat Vedik. Antara dewi-dewi popular ialah Aditi, Saraswathi, Prithivi, Shri, Devi, Ratri, Ambika, Uma, did an  Durga.  ADITI Dewi Aditi sering disebut sebagai Ibu Dewa-Dewa (Deva Mata). Semua dewa-dewa dianggap sebagai anak-anak Aditi.  Aditi juga adakalanya dikenali sebagai Ibu Alam Semesta.  Tradisi bahawa Aditi menjadi ibu segala dewa-dewi telah berterusan dalam zaman Purana . Namun, pada bila-bila masa pun, Aditi tidak pernah menjadi seorang Dewi yang popular.  PRITHIVI Dari segi evolusi penyembahan Ibu, dewi yang amat penting ialah Dewi Bumi atau Prithivi. Dikenali juga sebagai ‘Ibu yang Agung’.  Meskipun Dewi Ibu sentiasa disembah atau dipuja bersama Bapa Syurga (Dyaus), keagungan dan kehebatan Dewi ini telah memberinya kedudukan yang amat istimewa.  Ibu Bumi dan Bapa Syurga d