Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Kama Deva

Kama ( काम k ā ma) ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai tiga maksud. Amnya  Kama bermaksud “idaman”, “kemahuan”, dan “niat”. Secara spesifik Kama bermaksud “keseronokan” dan “cinta (seksual)”. Selain itu, Kama juga bermaksud ‘Kamadeva’, Dewa Cinta dalam agama Hindu. Kamadeva Sumber : MyGodPictures.com Dewa Kama dan Dewi Rati Salah satu keistimewaan atau keunikan agama Hindu adalah bahawa setiap aspek kehidupan, baik atau buruk, telah didewa-dewakan atau mempunyai dewa yang mengawalnya. Demikian, cinta dan nafsu berahi juga berada di bawah sanjungan dewa-dewi.  Kamadeva (Devanagari: कामदेव ) atau Kama ialah Dewa cinta dan keinginan. Kama sering digambarkan bersama-sama pasangan perempuannya, Rati . Kamadeva juga mempunyai seorang isteri lain bernama Trisha . Nama ‘Kama’ disebut dalam Rig Veda (9, 113. 11). Kamadeva juga ialah suatu nama Vishnu dalam Vishnu Purana dan Bhagavata Purana (SB 5.18.15). Krishna dan Shiva juga dipanggil sebagai Kama. Agni dipanggil se