Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Kenapa Sembah Berhala?

Soalan Purba Salah satu soalan yang sering dilontarkan kepada seorang Hindu ialah: 'Kenapa kamu sembah patung?' Malah, dalam kalangan penganut Hindu sendiri, ramai yang tidak tahu atau pernah menyoal diri sendiri tentang perbuatan menyembah sesuatu berhala atau gambar. Ini bukan satu soalan yang baru! Soalan ini telah dikemukakan dan dijawab dalam kitab-kitab suci agama Hindu, terutamanya dalam teks-teks   Āgama   dan Purana .  Suatu peristiwa dalam riwayat Swami Vivekananda memberikan jawapan kepada soalan purba ini begini:  Raja Mangal Singh ialah seorang pemerintah di Alwar. Baginda seorang yang berpendidikan moden dan tidak mempercayai agama Hindu.   Dalam suatu pertemuan dengan Swami Vivekananda, Raja Mangal Singh bertitah: “Beta tidak percaya kepada penyembahan berhala. Tengok, beta tidak boleh menyembah  kayu, tanah, batu, atau logam, seperti orang lain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?”   Swami Vivekananda menjawab, “Saya rasa setiap manusia har

Hukum Pembinaan Kuil

Pengenalan Menurut teks-teks Āgama ,  kuil-kuil Hindu dikelaskan mengikut jenis arcā yang disembah di sesuatu kuil itu. Teks purba Arcan ā Navanīta , membahagikan kuil Hindu kepada lima jenis berdasarkan kepada jenis Arc ā seperti berikut: [1] Svayambhu atau Arc ā yang wujud secara semulajadi di sesuatu tempat       Daivīka adalah Arc ā buatan dewa-dewi Ārṣa adalah Arc ā buatan seseorang Rishi Paurānika adalah Arcā yang dipuji dalam Pur ā ṇ a Mānusa adalah Arc ā buatan manusia Teks-teks Āgama hanya mengawal pembuatan Arcā dan pembinaan kuil jenis M ānusa. Setiap kuil Hindu perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang dikenali sebagai Ālaya Nirm ā na Vidhi (Hukum Pembinaan Kuil) . Ālaya Nirm ā na Vidhi ini telah diberikan secara terperinci dalam teks-teks agama Hindu. Suatu struktur buatan manusia yang tidak memenuhi hukum ini tidak boleh disifatkan sebagai sebuah kuil Hindu. Suatu arca Tuhan juga mesti dibuat menurut ketetapan dalam Āgama .