Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Rāmānujācārya

Pengenalan Rāmānujācārya (1017-1137 Masihi) merupakan seorang ahli teologi Hindu, falsafah dan pengulas sastera Hindu. Beliau berasal daripada keluarga Brahmin Tamil di kampung Sri Perumbudur, Tamil Nadu. Rāmānujācārya juga dikenali sebagai  Śri Rāmānuja, Udayavar, Yatirāja (Ethirajar), Emberumānar , dan  Lakshmana Muni . Beliau dianggap sebagai Acharya (guru) yang penting dalam tradisi  Śri Vaiṣṇava(pemuja Viṣn̩u) . Beliau juga merupakan salah seorang tokoh penting  Viśiṣṭādvaita Vedānta , iaitu salah satu mazhab Vedanta. Biografi Kelahiran Rāmānujā lahir pada tahun 1017 di kampung Sri Perumbudur,  Nadu. Bapanya ialah Asuri Kesava Dikshita dan ibunya Kantimati. Menurut tradisi, Kesava Dikshita dan Kantimati telah berdoa kepada Dewa Parthasarathy untuk mendapat cahaya mata. Doa mereka terkabul apabila Dewa Parthasarathi muncul dalam mimpi Kesava dan berjanji untuk lahir sebagai anaknya. Sejak kecil, Rāmānujā mempunyai daya pemahaman dan kepintaran yang menakjubkan dalam memah

Madhvācārya

Madhvācārya (1238-1317 Masihi) juga dikenali sebagai Pūrṇaprajña dan Ānandatīrtha. Sumber biografinya yang sah ialah Madhvavijaya dalam Sanskrit oleh Nārāyaṇa Paṇḍita (1287-1350 Masihi). Beliau merupakan anak Trivikrama Paṇḍita, seorang pengikut Advaita yang kemudiannya memeluk fahaman Dvaita disebabkan pengaruh Madhvācārya. Menurut tradisi Dvaita, Madhvācārya ialah penjelmaan Mukhyaprāṇa (sama dengan Hiranyagarbha, dan juga dikenali sebagai Dewa Vāyu dan Sūtrātman, satu aspek Maha Viṣṇu). Dalam zaman Treta, Vāyu telah lahir sebagai Hanumān dan dalam zaman Dwapara sebagai Bhīma, iaitu salah seorang Pānḍava. Madhavācārya (1238-1317 Masihi) Tokoh utama Dwaita Vedanta Darsana Kelahiran Madhvā dalam zaman Kali adalah untuk membawa keseimbangan antara hati dan akal. Pada zaman itu, wujud dua fahaman yang ekstrem. Pengikut Jnana (falsafah Advaita) menekankan intelektual yang hambar. Golongan Bhakta (falsafah Visishtadvaita) yang beremosi pula mudah menjadi fanatik. Oleh itu,

Sri Sankaracharya

Adi Śaṇkaracharya  - juga dikenali sebagai  Sankaracharya ,  (Ādi) Śaṅkarācārya ,  Śaṅkara Bhagavatpāda ,  Śaṅkara Bhagavatpādācārya.   Beliau merupakan salah seorang ahli falsafah dan teologi Hindu yang terkenal dari India. Doktrin Advaita Vedanta merupakan sumbangan utama Sankara. Sankara bersama-sama pengikutnya Penulisan Śaṇkara dalam bahasa Sanskrit telah memberikan asas yang kukuh untuk doktrin Advaita Vedanta. Beliau juga telah menulis ulasan-ulasan Upanishad, Brahma Sutras dan Bhagavad Gita (ketiga-tiga kitab ini dikenali sebagai Prasthanatraya). Penulisan Śaṇkara menentang ajaran-ajaran falsafah Mimamsa dan beberapa mazhab Samkhya dan mazbah Buddha. Śaṇkara merantau di seluruh benua India untuk menyebarkan falsafahnya melalui perbincangan dan perdebatan dengan pemikir-pemikir lain. Beliau juga memberikan nafas baharu kepada kehidupan rahib atau Samnyasa dengan mengasaskan tradisi rahib Dashanami. Śaṇkara juga ialah pengasas empat biara utama yang memainkan

Caitanya Mahaprabhu

Śrī Kṛṣṇa Caitanya   (juga dieja sebagai Sri Krishna Caitanya) atau   Śrī   Caitanya Mahāprabhu   (1486 –1533) merupakan seorang rahib   Hindu   kurun ke-16. Caitanya dianggap sebagai pelopor pergerakan   Kṛṣṇa Bhakti (Krishna Bhakti)   dan salah seorang tokoh utama   Gaudiya Vaishnavisme .  Caitanya merupakan tokoh utama  mazhab Bhakti  iaitu cinta untuk Tuhan berasaskan kepada falsafah  Bhagavata Purana  dan  Bhagavad Gita , yang mengutarakan falsafah  Vedanta  yang dikenali sebagai  Achintya Bhedā Bheda .  Sri Krishna  merupakan Dewa pilihan Caitanya dan dia telah memulakan nyanyian suci mantera Hare Krishna dan menghasilkan karya Sanskrit bernama Śikṣāṣṭakam atau Caitanyaśikṣāṣṭaka (Lapan Ayat Suci untuk Penuntut).  Caitanya juga dipuja sebagai jelmaan  Śrī Kṛṣṇa  dan  Śrīmati Radhārani  dalam satu jasad. Caitanya juga dikenali sebagai  Gauranga  (atau Gora) dan Nimāi.   Kehendak Zaman Navadvīp terletak lebih kurang 75 batu di utara  Kolkata , di sisir  sungai