Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Siapakah Guru Yang Sejati?

Maksud 'Guru'  Guru bermaksud 'seseorang yang dipuji (disebabkan sifat-sifat mulianya)' dan 'seorang yang mengajar (ilmu seperti Veda)'.  Dalam agama dan kebudayaan Hindu, setiap sains atau ilmu perlu dipelajari secara langsung daripada seorang Guru yang bertauliah dalam sesuatu bidang.  Pembelajaran dianggap sebagai suatu disiplin kerohanian (Tapasya). Oleh itu, Guru yang mengajar sesuatu ilmu perlu dihormati dan disanjung tinggi.  Perkataan 'Guru' juga digunakan dalam konteks yang luas. Adakalanya, perkataan ini bermaksud, 'seorang yang menyingkirkan kegelapan kejahilan'. Dalam konteks ini, Guru merujuk kepada seorang guru rohani, seorang yang mahir dalam ilmu sastera agama dan telah kukuh dalam ilmu Brahman atau Tuhan ( Mundaka Upanishad  1.2.12).  Kepentingan Guru  Sankaracharya  menggubah sebuah puisi yang indah yang dikenali sebagai " Guru Ashtakam ". Sebuah rangkapnya berbunyi begini:   ṣaḍańgādivedo mu

Siapakah Avatara?

Sri Ramakrishna Konsep Avatara (jelmaan Tuhan) merupakan salah satu kepercayaan utama dan rukun asas dalam agama Hindu, terutamanya dalam falsafah Vedanta dan mazhab-mazhab Vaishnava dan Sakta. Perkataan 'Avatara' lazimnya sering dikaitkan dengan Maha Vishnu. Menurut tradisi-tradisi Vedanta, Vaishnava, dan Sakta, Siva Mahadeva juga telah menjelma dalam beberapa rupa. Namun, pandangan ini tidak diterima oleh mazhab Saivisme.  Sri Ramakrishna menjelaskan konsep Avatara begini:  "Manusia boleh menikmati Bhakti dan cinta kepada Tuhan hanya melalui Jelmaan-Nya.    Permainan (Lila) Tuhan adalah tidak terkira. Tetapi, apa yang aku perlu ialah cinta dan Bhakti. Aku hanya mahu susu. Susu keluar daripada tetek lembu. Jelmaan ialah bagai tetek lembu."  Sri Rama Menurut Swami Vivekananda pula:  Teori Jelmaan ialah gelang pertama dalam rantai idea yang mengakui kesatuan Tuhan dan manusia.  Asal-Usul Avatara berasal dari akar perkataan Sanskrit, ava (bawah