Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Agama Hindu - Dharma yang Abadi

Pengenalan  Sejarah agama Hindu menjangkaui lebih 8,000 tahun. Perkataan 'Hindu' kemungkinan berasal daripada perkataan "Sindhu", sebuah sungai. Daripada rujukan geografi dan etnik, kemudiannya perkataan 'Hindu' digunakan untuk merujuk kepada agama yang dianuti oleh masyarakat ini. Sememangnya perkataan Hindu bukan suatu kosa kata yang tepat atau tradisional untuk 'Agama' masyarakat majmuk yang kini dikenali sebagai orang Hindu.  Perkataan 'Hindu' tidak pernah digunakan secara tradisional dalam sebarang kitab suci. Negara India juga secara tradisional dikenali sebagai ' Bharata Varsha ' atau ' Bharatam '.  Dalam tradisi Bharatam, tidak ada sebarang perkataan khusus yang membawa maksud 'Agama'.  Agama ialah kehidupan rohani ( Adhyatmika Jivana ) dan bukannya suatu sistem. Perkataan yang komprehensif yang digunakan ialah ' Dharma ', yang meliputi segala aspek kehidupan dan 'agama'.

Upanishad

Pendahuluan  Upanishad merupakan bahagian Veda yang berunsur falsafah. Maka, ajaran Veda yang paling utama terkandung dalam bahagian Upanishad.  Upanishad merupakan suatu kelas kitab suci yang paling utama dalam memelihara dan mempengaruhi agama Hindu selama beribu-ribu tahun.  Upanishad meraikan kemenangan kerohanian ke atas material dan kemenangan manusia ke atas alam. Dengan ini, Upanishad telah membina, memperkukuh, dan melindungi suatu tradisi kerohanian yang hebat. Upanishad menggabungkan intelek dan pengalaman mistik. Malah boleh dikatakan bahawa tidak ada sebarang gerakan falsafah atau mazhab agama di India yang tidak dipengaruhi oleh Upanishad. Sebaliknya, banyak gerakan atau mazhab agama ini telah mendapat martabat tinggi atau diterima oleh masyarakat India hanya kerana mereka mengikuti hala yang dicerahi oleh ilmu Upanishad. Para cendekiawan India telah menemui pengaruh Upanishad dalam kehidupan agama-kebudayaan di negara-negara lain seperti Jepun, Chin

Narada Bhakti Sutras

Narada Muni Pengenalan  "Jalan yang terbaik untuk bersatu dengan Tuhan ialah dengan mengikuti laluan Cinta Ketuhanan yang diajar oleh Narada." ~ Sri Ramakrishna Narada Bhakti Sutra merupakan sebuah karya klasik dan otoriti utama falsafah Bhakti. Karya ini dipercayai dihasilkan oleh Narada, seorang Rishi yang amat terkenal dalam zaman Purana.  Kitab ini menggariskan proses Bhakti (Cinta pada Tuhan) atau Bhakti Yoga. Oleh itu, Narada Bhakti Sutra menjadi sebuah kitab suci yang penting dalam tradisi Bhakti dalam agama Hindu, terutamanya golongan Vaishnava dan Vedantin.   Karya ini juga disanjung tinggi kerana gaya bahasanya yang pendek dan mudah difahami. Ini mungkin kerana Narada hanya merekodkan pengalamannya sendiri. Kitab ini tidak memberikan sebarang teori atau falsafah yang rumit, tetapi suatu panduan ringkas untuk membantu orang-orang yang hendak menjalani disiplin rohani.  Narada juga merakamkan pengalaman dan pengaruh guru-guru

Thirukkural & Agama Hindu

Thirukkural dikenali sebagai suatu teks klasik dunia. Teks Tamil ini bukan sahaja suatu mahakarya yang penuh dengan nilai-nilai estetik dan kesusasteraan, tetapi ia juga suatu panduan hidup untuk seluruh umat manusia. Meskipun Thirukkural menjadi kitab untuk seluruh umat manusia tanpa mengenal agama, kaum, bangsa, darjat, dan seumpamanya yang membawa perbezaan sesama manusia, memang tidak dapat dinafikan bahawa Thirukkural patut kepada segala hukum-hukum asas agama Hindu. Thiruvalluvar tidak pada bila-bila masa pun mencabar atau menafikan sebarang hukum asas agama Hindu.  Doa dan Pujian Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa. Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa.  Thiruvalluvar, penulis Thirukkural Sumber: Pinterest Thirukkural bermula begini: "Agara mudala ezhuththellam Aadhi  Bhagavan mudhatre ulaku." "'A' adalah abja