Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Saraswati - Devi Segala Ilmu

Saraswati atau Sarasvati merupakan seorang Dewi sejak zaman Rig Veda. Saraswati ialah Sakti iaitu kuasa Brahma, Tuhan Pencipta. Maka, Saraswati menjadi Ibu yang melahirkan segala ciptaan.  Secara literal, Saraswati bermaksud 'yang mengalir'. Dalam Rigveda, Saraswati juga merujuk kepada sebatang sungai yang kini telah kering dan Dewi sungai itu. Maka, Saraswati juga dikaitkan dengan kesuburan dan kesucian.  Seperti semua dewa-dewi lain, Saraswati juga mempunyai beberapa nama lain. Antaranya ialah Sarada (Pemberi Intipati), Vagisvari (Penguasa Percakapan), Brahmi (Pasangan Brahma), Mahavidya (Maha Ilmu), Veenapani (Pembawa Veena, sejenis alat muzik India), Hamsavahini (Dewi yang menaiki Hamsa, sejenis burung), Vagdevi (Dewi Kata-kata)  dan sebagainya.  Nama-nama lain Saraswati ini menunjukkan konsep Saraswati yang terkandung dalam kitab-kitab Purana. Saraswati dengan maksud 'yang mengalir' merujuk kepada percakapan. Menurut suatu fahaman, ciptaan bermula dengan 'kata-