Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Thirukkural & Agama Hindu

Thirukkural dikenali sebagai suatu teks klasik dunia. Teks Tamil ini bukan sahaja suatu mahakarya yang penuh dengan nilai-nilai estetik dan kesusasteraan, tetapi ia juga suatu panduan hidup untuk seluruh umat manusia. Meskipun Thirukkural menjadi kitab untuk seluruh umat manusia tanpa mengenal agama, kaum, bangsa, darjat, dan seumpamanya yang membawa perbezaan sesama manusia, memang tidak dapat dinafikan bahawa Thirukkural patut kepada segala hukum-hukum asas agama Hindu. Thiruvalluvar tidak pada bila-bila masa pun mencabar atau menafikan sebarang hukum asas agama Hindu.  Doa dan Pujian Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa. Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa.  Thiruvalluvar, penulis Thirukkural Sumber: Pinterest Thirukkural bermula begini: "Agara mudala ezhuththellam Aadhi  Bhagavan mudhatre ulaku." "'A' adalah abja

Apa Kata Mereka Mengenai Agama Hindu?

Sri Ramakrishna  Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para Rishi, akan kekal. Agama yang Abadi, agama para Rishi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang. Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya. (Terjemahan daripada The Gospel of Sri Ramakrishna ) Swami Vivekananda  Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini: