Skip to main content

Apa Kata Mereka Mengenai Agama Hindu?

Sri Ramakrishna 

Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para Rishi, akan kekal.

Agama yang Abadi, agama para Rishi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang.

Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya.

(Terjemahan daripada The Gospel of Sri Ramakrishna)

Swami Vivekananda 

Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini: Kami mentertawakan orang itu. Meraka yang ingin memusnahkan saudara-saudara mereka atas sebab mereka mengikuti agama lain untuk mencapai Tuhan - memang tidak munasabah mereka bercakap tentang kasih sayang. Kasih sayang mereka tidak ada sebarang nilai. Bagaimana mereka boleh bercakap tentang kasih sayang jika mereka tidak dapat melihat orang lain mengikuti agama lain? Kalau ini dikatakan kasih sayang, apakah itu kebencian? 

(Terjemahan daripada Complete Works of Swami Vivekananda, III.131-32)

Kamu telah menghadapi kejutan kurun demi kurun hanya kerana kamu menjaganya dengan berhati-hati, namun mengorbankan segala-galanya untuknya. Nenek moyangmu mengharungi segala-galanya dengan berani, termasuk maut, tetapi mempertahankan agama mereka. 

Kuil demi kuil dirobohkan oleh penakluk asing. Tetapi, sebaik sahaja keadaan menjadi reda, puncak menara kuil dibina semula. Beberapa kuil-kuil purba di Selatan India dan kuil-kuil seperti Somanath di Gujarat, akan memberikan banyak pengetahuan, akan memberikan pandangan yang mendalam mengenai sejarah bangsa (India) lebih baik daripada semua buku yang ada. Lihatlah bagaimana kuil-kuil ini menunjukkan tanda-tanda ratusan serangan dan ratusan pemulihan semula, sentiasa dimusnahkan dan sentiasa timbul semula daripada robohan,  dengan nafas baru dan sentiasa kuat! 
(Terjemahan daripada Complete Works of Swami Vivekananda, III.289)

Dr. S. Radhakrishnan

India meletakan nilai-nilai kerohanian lebih tinggi daripada perkara-perkara lain. Orang Hindu menyedari bahawa bukan sahaja semua jalan menuju kepada Satu Yang Agung, tetapi juga bahawa setiap orang mesti memilih jalan yang bermula daripada tempat di mana dia sedang berada pada permulaan perjalanannya. 

Hinduisme tidak terikat dengan satu kepercayaan atau sebuah buku, seorang wali atau seorang pengasas. Ia adalah pencarian berterusan untuk kebenaran berdasarkan kepada pengalaman yang dibaharui secara berterusan. Hinduisme adalah evolusi berterusan pemikiran manusia mengenai Tuhan.  

Dalam sejarah dunia, Hinduisme adalah satu-satunya agama yang menunjukkan kebebasan penuh dan kebebasan fikiran manusia, dalam keyakinan penuhnya terhadap kuasanya sendiri. Hinduisme adalah kebebasan, terutamanya kebebasan dalam memikirkan tentang Tuhan. 

Arthur Schopenhauer (1788-1860)

Di seluruh dunia, tiada pengajian... yang begitu berfaedah dan begitu menambah pengetahuan seperti  Upanishad. Ia telah menjadi penawar kehidupan saya, ia akan menjadi penawar kematian saya.

Richard Dawkins

Politeisme adalah agama Hindu sebenarnya bukan politisme tetapi monoteisme dalam samaran. 
Richard Dawkins, The God Delusion 

Sir Charles Eliot

Hinduisme bukan dibuat tetapi telah tumbuh. Ia sebuah hutan, bukan sebuah bangunan. Ia adalah suatu bukti hidup akan sebuah paganisme kebangsaan yang hebat yang mungkin telah wujud di Eropah sekiranya agama Kristian tidak menjadi agama kebangsaan Empayar Roman, sekiranya campuran kepercayaan-kepercayaan karut lama yang sukar difahami, falsafah Yunani, dan kultus-kultus Oriental seperti penyembahan Sarapis atau Mitras. 
Sir Charles Eliot, Philosophy and the Self: East and West 

Ralph Waldo Emerson

Bhagavad Gita menjadikan hari saya yang mengagumkan. Ianya seolah-olah sebuah empayar telah bercakap kepada kita, tiada apa-apa yang remeh atau tidak penting, tetapi lantang, tenang, dan konsisten; suatu suara kepintaran lama pada suatu zaman dan iklim yang lain yang telah menjawab soalan-soalan yang sama yang kita persoalkan. 

Max Muller 

Biar apa pun tarikh ayat-ayat suci Veda, sama ada 1500 S.M atau 15,000 S.M, ia mempunyai tempatnya yang unik dan berdiri sendiri dalam kalangan kesusasteraan dunia. Ia memberitahu kita sesuatu tentang perkembangan awal fikiran manusia yang tidak dapat ditemui di mana-mana pun. 
The Six Systems of Indian Philosophy (1899)





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Sembah Berhala?

Soalan Purba Salah satu soalan yang sering dilontarkan kepada seorang Hindu ialah: 'Kenapa kamu sembah patung?' Malah, dalam kalangan penganut Hindu sendiri, ramai yang tidak tahu atau pernah menyoal diri sendiri tentang perbuatan menyembah sesuatu berhala atau gambar. Ini bukan satu soalan yang baru! Soalan ini telah dikemukakan dan dijawab dalam kitab-kitab suci agama Hindu, terutamanya dalam teks-teks   Āgama   dan Purana .  Suatu peristiwa dalam riwayat Swami Vivekananda memberikan jawapan kepada soalan purba ini begini:  Raja Mangal Singh ialah seorang pemerintah di Alwar. Baginda seorang yang berpendidikan moden dan tidak mempercayai agama Hindu.   Dalam suatu pertemuan dengan Swami Vivekananda, Raja Mangal Singh bertitah: “Beta tidak percaya kepada penyembahan berhala. Tengok, beta tidak boleh menyembah  kayu, tanah, batu, atau logam, seperti orang lain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?”   Swami Vivekananda menjawab, “Sa...

Kuil Hindu

Kuil Sri Nandi di Bengaluru Pengenalan  Kuil Hindu sering menjadi bahan cemuhan dan serangan. Apa yang menyedihkan ialah masyarakat Hindu sendiri sering mencemuh dan memandang rendah pada 'Kuil Hindu'. Cemuhan yang sering dilontarkan ialah bahawa tindakan membina atau melawat kuil adalah sia-sia. Mengapakah wang yang boleh digunakan untuk membina sekolah dan membantu orang miskin disia-siakan untuk membina kuil? Apakah gunanya bersembahyang di kuil? Bukankah Tuhan Maha Wujud dan berada di semua tempat? Malah perbuatan sembahyang juga sering dikutuk sebagai perbuatan meminta sedekah!  Semua persoalan ini hanya menunjukkan kejahilan tentang konsep 'Kuil Hindu', perbuatan sembahyang, dan matlamat hidup manusia!  Menurut agama Hindu, matlamat hidup manusia adalah untuk mencapai kebebasan daripada kitaran kehidupan-kematian (samsara) atau dalam kata lain, untuk mencapai Tuhan. Tujuan Kuil Hindu adalah untuk membantu manusia biasa yang menjalani kehidupan beru...

Narada Bhakti Sutras

Narada Muni Pengenalan  "Jalan yang terbaik untuk bersatu dengan Tuhan ialah dengan mengikuti laluan Cinta Ketuhanan yang diajar oleh Narada." ~ Sri Ramakrishna Narada Bhakti Sutra merupakan sebuah karya klasik dan otoriti utama falsafah Bhakti. Karya ini dipercayai dihasilkan oleh Narada, seorang Rishi yang amat terkenal dalam zaman Purana.  Kitab ini menggariskan proses Bhakti (Cinta pada Tuhan) atau Bhakti Yoga. Oleh itu, Narada Bhakti Sutra menjadi sebuah kitab suci yang penting dalam tradisi Bhakti dalam agama Hindu, terutamanya golongan Vaishnava dan Vedantin.   Karya ini juga disanjung tinggi kerana gaya bahasanya yang pendek dan mudah difahami. Ini mungkin kerana Narada hanya merekodkan pengalamannya sendiri. Kitab ini tidak memberikan sebarang teori atau falsafah yang rumit, tetapi suatu panduan ringkas untuk membantu orang-orang yang hendak menjalani disiplin rohani.  Narada juga merakamkan pengalaman dan penga...