Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Veda

Saraswati - Devi Segala Ilmu

Saraswati atau Sarasvati merupakan seorang Dewi sejak zaman Rig Veda. Saraswati ialah Sakti iaitu kuasa Brahma, Tuhan Pencipta. Maka, Saraswati menjadi Ibu yang melahirkan segala ciptaan.  Secara literal, Saraswati bermaksud 'yang mengalir'. Dalam Rigveda, Saraswati juga merujuk kepada sebatang sungai yang kini telah kering dan Dewi sungai itu. Maka, Saraswati juga dikaitkan dengan kesuburan dan kesucian.  Seperti semua dewa-dewi lain, Saraswati juga mempunyai beberapa nama lain. Antaranya ialah Sarada (Pemberi Intipati), Vagisvari (Penguasa Percakapan), Brahmi (Pasangan Brahma), Mahavidya (Maha Ilmu), Veenapani (Pembawa Veena, sejenis alat muzik India), Hamsavahini (Dewi yang menaiki Hamsa, sejenis burung), Vagdevi (Dewi Kata-kata)  dan sebagainya.  Nama-nama lain Saraswati ini menunjukkan konsep Saraswati yang terkandung dalam kitab-kitab Purana. Saraswati dengan maksud 'yang mengalir' merujuk kepada percakapan. Menurut suatu fahaman, ciptaan bermula dengan 'kata-...

Dewi-Dewi Hindu

Rig Veda , rekod agama yang tertua di India, menampilkan suatu masyarakat yang dikuasai oleh dewa-dewa. Dewi-dewi hanya mendapat kedudukan yang kurang penting dalam masyarakat Vedik. Antara dewi-dewi popular ialah Aditi, Saraswathi, Prithivi, Shri, Devi, Ratri, Ambika, Uma, did an  Durga.  ADITI Dewi Aditi sering disebut sebagai Ibu Dewa-Dewa (Deva Mata). Semua dewa-dewa dianggap sebagai anak-anak Aditi.  Aditi juga adakalanya dikenali sebagai Ibu Alam Semesta.  Tradisi bahawa Aditi menjadi ibu segala dewa-dewi telah berterusan dalam zaman Purana . Namun, pada bila-bila masa pun, Aditi tidak pernah menjadi seorang Dewi yang popular.  PRITHIVI Dari segi evolusi penyembahan Ibu, dewi yang amat penting ialah Dewi Bumi atau Prithivi. Dikenali juga sebagai ‘Ibu yang Agung’.  Meskipun Dewi Ibu sentiasa disembah atau dipuja bersama Bapa Syurga (Dyaus), keagungan dan kehebatan Dewi ini telah memberinya kedudukan yang amat istimewa....

Kenapa Sembah Berhala?

Soalan Purba Salah satu soalan yang sering dilontarkan kepada seorang Hindu ialah: 'Kenapa kamu sembah patung?' Malah, dalam kalangan penganut Hindu sendiri, ramai yang tidak tahu atau pernah menyoal diri sendiri tentang perbuatan menyembah sesuatu berhala atau gambar. Ini bukan satu soalan yang baru! Soalan ini telah dikemukakan dan dijawab dalam kitab-kitab suci agama Hindu, terutamanya dalam teks-teks   Āgama   dan Purana .  Suatu peristiwa dalam riwayat Swami Vivekananda memberikan jawapan kepada soalan purba ini begini:  Raja Mangal Singh ialah seorang pemerintah di Alwar. Baginda seorang yang berpendidikan moden dan tidak mempercayai agama Hindu.   Dalam suatu pertemuan dengan Swami Vivekananda, Raja Mangal Singh bertitah: “Beta tidak percaya kepada penyembahan berhala. Tengok, beta tidak boleh menyembah  kayu, tanah, batu, atau logam, seperti orang lain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?”   Swami Vivekananda menjawab, “Sa...

Hukum Pembinaan Kuil

Pengenalan Menurut teks-teks Āgama ,  kuil-kuil Hindu dikelaskan mengikut jenis arcā yang disembah di sesuatu kuil itu. Teks purba Arcan ā Navanīta , membahagikan kuil Hindu kepada lima jenis berdasarkan kepada jenis Arc ā seperti berikut: [1] Svayambhu atau Arc ā yang wujud secara semulajadi di sesuatu tempat       Daivīka adalah Arc ā buatan dewa-dewi Ārṣa adalah Arc ā buatan seseorang Rishi Paurānika adalah Arcā yang dipuji dalam Pur ā ṇ a Mānusa adalah Arc ā buatan manusia Teks-teks Āgama hanya mengawal pembuatan Arcā dan pembinaan kuil jenis M ānusa. Setiap kuil Hindu perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu yang dikenali sebagai Ālaya Nirm ā na Vidhi (Hukum Pembinaan Kuil) . Ālaya Nirm ā na Vidhi ini telah diberikan secara terperinci dalam teks-teks agama Hindu. Suatu struktur buatan manusia yang tidak memenuhi hukum ini tidak boleh disifatkan sebagai sebuah kuil Hindu. Suatu arca Tuhan juga mesti dibuat menurut...