Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Sri Sarada Devi

Sarada Devi  (Bengali: সারদা দেবী ;   Sharodā Debi  merupakan seorang tokoh wanita India kurun ke-19. Beliau merupakan isteri  Sri Ramakrishna Paramahamsa . Kisah hidup Sarada merupakan satu rekod utama dalam sejarah wanita India dan antarabangsa. Hidupnya menjadi idola sebagai seorang anak, kakak, isteri, ibu dan guru rohani. Fakta bahawa seorang wanita kampung yang tidak berpendidikan, yang kini dipuja oleh jutaan manusia di seluruh dunia sebagai seorang Dewi, dapat menggambarkan kehebatannya.   Pada 22 Disember 1853, Saradamani Devi telah lahir di kampung Jayrambati (terletak lebih kurang 100 km di barat Kolkata) di Bengal Barat, India. Sarada ialah anak sulung Ramchandra Mukhopadhyaya (atau Mukherji) dan Syamasundari Devi, pasangan Brahmin yang miskin. Ramchandra mencari rezekinya dengan bertani dan juga melakukan kerja-kerja sami. Suatu hari, Ramachandra sedang bermimpi tentang seorang budak perempuan yang sangat cantik dan berkulit keemasan. Dia mendakap leher Ram

Sri Ramakrishna

Sri  Ramakrishna  (18 Februari 1836 – 16 Ogos 1886) ialah seorang tokoh agama India kurun ke-19 yang terkenal. Pemikiran dan pengalaman rohani beliau merupakan sumber inspirasi bagi kelahiran pertubuhan rahib yang dikenali sebagai  Ramakrishna Math  dan  Ramakrishna Mission . Beliau juga digelar sebagai Ramakrishna Paramahamsa, Sri Sri Thakur dan Bhagavan Ramakrishna oleh pengikut-pengikutnya. Nama sebenar Ramakrishna ialah Gadadhar Chattopadhyaya . Beliau berasal daripada sebuah keluarga Brahmin yang miskin dari sebuah perkampungan Bengal. Beliau menjadi seorang sami di kuil Kali Dakshineswar. Ramakrishna telah menjalani disiplin rohani di bawah ajaran Bhairavi Brahmani, seorang fakir wanita yang mahir dalam Tantra dan tradisi Bhakti Vaishnava. Kemudian, beliau juga mempelajari meditasi ke atas Brahman daripada seorang rahib Advaita Vedanta.     Kelahiran Sri Ramakrishna telah dilahirkan pada 18 Februari 1836 di Kamarpukur, sebuah kampung kecil di daerah Hooghly,