Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Sejarah Awal Saivisme

Asal-Usul Asal-usul Saivisme sebagai sebuah agama telah hilang ditelan masa. Bukti penyembahan Siva sememangnya wujud dalam teks-teks awal di India dan juga daripada penemuan arkeologi yang tertua.  Teks-teks Veda menyebut tentang Rudra . Dengan edaran masa, Rudra dikenalpasti sebagai Siva.  P ā nini (sekitar 400 S.M.) menyebut bahawa Rudra juga dikenali sebagai Mrid ā , Bhava, dan Sarva (1, 49; 3, 53; 4,100).  Menurut Kalhana dalam kitab  R ā jatarangani , Asoka (268-233 S.M.) melawat Kashmir dan membina sebuah kuil Siva yang dikenali sebagai Asokesvara (1, 105-107). Kautilya pula menyarankan bahawa sebuah kuil Siva harus dibina dalam kawasan bandar ( Artha S ā stra , Buku 2, Bab 4, ms.54 edisi S ā ma S ā stri).  Dalam kitab  Mah ā bh ā sya (sekitar 200 S.M.), Patanjali menyebut dengan spesifik mengenai penganut-penganut Siva (dikenali sebagai Siva-bh ā gavata ). (5,2,76). Teks ini juga menyebut tentang arca-arca Siva, Skanda, dan Vis ā kh ā yang dibuat dan dijua