Rig Veda , rekod agama yang tertua di India, menampilkan suatu masyarakat yang dikuasai oleh dewa-dewa. Dewi-dewi hanya mendapat kedudukan yang kurang penting dalam masyarakat Vedik. Antara dewi-dewi popular ialah Aditi, Saraswathi, Prithivi, Shri, Devi, Ratri, Ambika, Uma, did an Durga. ADITI Dewi Aditi sering disebut sebagai Ibu Dewa-Dewa (Deva Mata). Semua dewa-dewa dianggap sebagai anak-anak Aditi. Aditi juga adakalanya dikenali sebagai Ibu Alam Semesta. Tradisi bahawa Aditi menjadi ibu segala dewa-dewi telah berterusan dalam zaman Purana . Namun, pada bila-bila masa pun, Aditi tidak pernah menjadi seorang Dewi yang popular. PRITHIVI Dari segi evolusi penyembahan Ibu, dewi yang amat penting ialah Dewi Bumi atau Prithivi. Dikenali juga sebagai ‘Ibu yang Agung’. Meskipun Dewi Ibu sentiasa disembah atau dipuja bersama Bapa Syurga (Dyaus), keagungan dan kehebatan Dewi ini telah memberinya kedudukan yang amat istimewa. Ibu Bumi dan Bapa Syurga
Pengenalan Sejarah agama Hindu menjangkaui lebih 8,000 tahun. Perkataan 'Hindu' kemungkinan berasal daripada perkataan "Sindhu", sebuah sungai. Daripada rujukan geografi dan etnik, kemudiannya perkataan 'Hindu' digunakan untuk merujuk kepada agama yang dianuti oleh masyarakat ini. Sememangnya perkataan Hindu bukan suatu kosa kata yang tepat atau tradisional untuk 'Agama' masyarakat majmuk yang kini dikenali sebagai orang Hindu. Perkataan 'Hindu' tidak pernah digunakan secara tradisional dalam sebarang kitab suci. Negara India juga secara tradisional dikenali sebagai ' Bharata Varsha ' atau ' Bharatam '. Dalam tradisi Bharatam, tidak ada sebarang perkataan khusus yang membawa maksud 'Agama'. Agama ialah kehidupan rohani ( Adhyatmika Jivana ) dan bukannya suatu sistem. Perkataan yang komprehensif yang digunakan ialah ' Dharma ', yang meliputi segala aspek kehidupan dan 'agama'.