Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Wanita dalam Ramayana

SITA Nayantara sebagai Sita dalam filem Sri Rama Rajyam Sejak turun-temurun, Sita menjadi ideal wanita India. Sita ialah puteri angkat Siradhvaja-Janaka, seorang pemerintah kerajaan Videha. Raja Janaka menemui seorang bayi perempuan ketika baginda sedang membajak untuk upacara korbannya. Baginda mengambil bayi itu sebagai pemberian Tuhan dan menamakannya 'Sita'. Sita juga dipanggil sebagai 'Bhumija' atau Puteri Bumi kerana ditemui dari perut bumi. Janaka bertekad untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang yang berjaya mengangkat busur Siva (Sivadhanus) yang dimiliki oleh keturunannya. Ramai raja-raja telah mencuba tetapi gagal untuk mengangkat busur itu. Rama, putera Dasaratha yang datang ke Mithila bersama-sama gurunya berjaya mengangkat busur itu. Ketika Rama mencuba untuk mengikat busur itu, busur itu terpatah dua akibat tekanan tangan Rama. Peristiwa ini diikuti dengan sambutan perkahwinan Rama dan Sita. Sita tinggal di istana Ayodhya selama bebe

Wanita Hindu

Pengenalan Yasodha dengan Sri Krishna Sekiranya tahap kecemerlangan sesuatu tamadun dan kebudayaan bergantung kepada tahap kecemerlangan kaum wanitanya, maka, wanita-wanita zaman Veda dan Purana telah memenuhi tahap ini tanpa sebarang keraguan. Wanita-wanita zaman Veda dan Purana menjadi ideal kewanitaan yang unggul dan boleh menjadi aspirasi tinggi untuk semua zaman. Wanita-wanita Hindu telah mencatatkan nama mereka dalam pelbagai bidang ilmu yang tinggi seperti, keagamaan, kerohanian, ilmu mistik, falsafah, kesusasteraan, ilmu pertahanan dan peperangan, pentadbiran kerajaan dan pelbagai kesenian.  Agama Hindu menetapkan bahawa matlamat akhir kehidupan ialah untuk mencapai Tuhan dan mendapatkan ilmu-Ketuhanan. Orang-orang yang berjaya memperolehi ilmu-Ketuhanan ini dinamakan sebagai Brahmajnani. Sejak zaman Rig Veda, terdapat ramai wanita-wanita alim yang telah menjadi Brahmajnani (atau Brahmavadini) seperti Vagambhrni. Gargi Vacaknavi ialah seorang mahaguru yang arif, yan

Ayodhya, Lanka & Kishkindha

Pengenalan    Tamadun dan kebudayaan tidak semestinya wujud bersama-sama. Sesuatu masyarakat yang bertamadun tidak semestinya mempunyai kebudayaan yang tinggi. Ketamadunan menjadikan kehidupan di dunia lebih selesa dan senang. Sebaliknya, kebudayaan mengajar kita untuk menggunakan semua benda-benda baik yang diberikan oleh tamadun untuk kebaikan berpanjangan semua orang. Ada kalanya, ketamadunan turut membawa bersama-samanya pelbagai kejahatan dan maksiat. Sebaliknya, kebudayaan, yang mengutamakan nilai-nilai murni dan etika, serta memberikan penekanan kepada kemajuan yang holistik dapat mengurangkan kesan-kesan buruk ketamadunan dan juga meningkatkan tamadun itu ke suatu tahap yang mulia.  Ramayana oleh Valmiki memberikan kita kedua-dua aspek ini. Mahakarya ini memperkenalkan kita kepada tiga ketamadunan dan kebudayaan yang tipikal tetapi berlainan iaitu Ayodhya, Lanka dan Kishkindha. Kisah Ramayana berlaku pada zaman Treta Yuga.   Treta Yuga  Yuga ialah suatu unit mas

Wanita dalam Mahabharata

Pengenalan Mahabharata , epik klasik India memaparkan tamadun dan kebudayaan masyarakat Hindu  dalam zaman Dwapara. Disebabkan saiznya, Mahabharata dikenali sebagai 'Mahakavya' atau puisi terpanjang yang pernah ditulis. Teks yang paling panjang mengandungi lebih 100,000 shloka atau lebih 200,000 ayat-ayat. Keseluruhannya, Mahabharata mengandungi 1.8 juta perkataan. Ini adalah sepuluh kali ganda lebih panjang daripada gabungan Illiad dan Odyssey , atau empat kali ganda saiz Ramayana .  W.J.Johnson ( The Sautikaparvan if the Mahabharata: The Massacre at Night ), membandingkan kepentingan Mahabharata dalam konteks tamadun dunia dengan  Kitab Injil,  karya-karya Shakespeare, karya-karya Homer, drama-drama Yunani, atau  al-Quran .  Menurut tradisi Hindu, Peperangan Mahabharata telah berlaku pada tahun 3139 S.M. Tarikh ini juga padan dengan tarikh yang dikemukakan oleh penulisan Megasthanes   ( 312 S.M.) dan kiraan astronomi. Namun, ahli-ahli sejarah mode