Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Wanita dalam Ramayana

SITA Nayantara sebagai Sita dalam filem Sri Rama Rajyam Sejak turun-temurun, Sita menjadi ideal wanita India. Sita ialah puteri angkat Siradhvaja-Janaka, seorang pemerintah kerajaan Videha. Raja Janaka menemui seorang bayi perempuan ketika baginda sedang membajak untuk upacara korbannya. Baginda mengambil bayi itu sebagai pemberian Tuhan dan menamakannya 'Sita'. Sita juga dipanggil sebagai 'Bhumija' atau Puteri Bumi kerana ditemui dari perut bumi. Janaka bertekad untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang yang berjaya mengangkat busur Siva (Sivadhanus) yang dimiliki oleh keturunannya. Ramai raja-raja telah mencuba tetapi gagal untuk mengangkat busur itu. Rama, putera Dasaratha yang datang ke Mithila bersama-sama gurunya berjaya mengangkat busur itu. Ketika Rama mencuba untuk mengikat busur itu, busur itu terpatah dua akibat tekanan tangan Rama. Peristiwa ini diikuti dengan sambutan perkahwinan Rama dan Sita. Sita tinggal di istana Ayodhya selama bebe