Skip to main content

Posts

Thirukkural & Agama Hindu

Thirukkural dikenali sebagai suatu teks klasik dunia. Teks Tamil ini bukan sahaja suatu mahakarya yang penuh dengan nilai-nilai estetik dan kesusasteraan, tetapi ia juga suatu panduan hidup untuk seluruh umat manusia. Meskipun Thirukkural menjadi kitab untuk seluruh umat manusia tanpa mengenal agama, kaum, bangsa, darjat, dan seumpamanya yang membawa perbezaan sesama manusia, memang tidak dapat dinafikan bahawa Thirukkural patut kepada segala hukum-hukum asas agama Hindu. Thiruvalluvar tidak pada bila-bila masa pun mencabar atau menafikan sebarang hukum asas agama Hindu.  Doa dan Pujian Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa. Setiap kitab atau teks suci agama Hindu bermula dengan doa kepada atau pujian untuk Yang Maha Esa.  Thiruvalluvar, penulis Thirukkural Sumber: Pinterest Thirukkural bermula begini: "Agara mudala ezhuththellam Aadhi  Bhagavan mudhatre ulaku." "'A' adalah abj...

Apa Kata Mereka Mengenai Agama Hindu?

Sri Ramakrishna  Hanya Sanatana Dharma, Agama yang Abadi yang didedahkan oleh para Rishi, akan kekal. Agama yang Abadi, agama para Rishi, telah wujud dari zaman yang tidak mengenal sejarah dan akan kekal abadi. Pelbagai bentuk penyembahan wujud dalam Sanatana Dharma - penyembahan Tuhan yang Berupa dan juga penyembahan Tuhan Tak Berupa. Agama ini merangkumi segala jalan - jalan Ilmu, jalan Bhakti, dan sebagainya. Agama-agama lain, kultus-kultus moden, akan timbul untuk beberapa hari dan kemudian hilang. Hanya agama Hindu ialah Sanatana Dharma. ... Agama Hindu telah sentiasa wujud dan akan wujud selama-lamanya. (Terjemahan daripada The Gospel of Sri Ramakrishna ) Swami Vivekananda  Ingat, kita tidak ada masalah dengan sebarang agama di dunia ini. Semua orang mempunyai Ishta masing-masing. Tetapi, apabila kita lihat seseorang datang dan berkata: "Inilah agama yang sebenar," dan cuba untuk memaksakan agamanya pada orang India, kami ingin memberitahunya ini:...

Sejarah Awal Saivisme

Asal-Usul Asal-usul Saivisme sebagai sebuah agama telah hilang ditelan masa. Bukti penyembahan Siva sememangnya wujud dalam teks-teks awal di India dan juga daripada penemuan arkeologi yang tertua.  Teks-teks Veda menyebut tentang Rudra . Dengan edaran masa, Rudra dikenalpasti sebagai Siva.  P ā nini (sekitar 400 S.M.) menyebut bahawa Rudra juga dikenali sebagai Mrid ā , Bhava, dan Sarva (1, 49; 3, 53; 4,100).  Menurut Kalhana dalam kitab  R ā jatarangani , Asoka (268-233 S.M.) melawat Kashmir dan membina sebuah kuil Siva yang dikenali sebagai Asokesvara (1, 105-107). Kautilya pula menyarankan bahawa sebuah kuil Siva harus dibina dalam kawasan bandar ( Artha S ā stra , Buku 2, Bab 4, ms.54 edisi S ā ma S ā stri).  Dalam kitab  Mah ā bh ā sya (sekitar 200 S.M.), Patanjali menyebut dengan spesifik mengenai penganut-penganut Siva (dikenali sebagai Siva-bh ā gavata ). (5,2,76). Teks ini juga menyebut tentang arca-arca Siva, Skanda, dan...

Ramayana

Pengenalan Sri Rama Tidak ada karya lain yang telah mempengaruhi segala aspek kehidupan penduduk India seperti Ramayana. Antara dua epik India, Mahabharata dan Ramayana , ternyata pengaruh Ramayana adalah lebih mendalam dan luas. Sebab utama untuk keadaan ini adalah kerana watak-watak utama Ramayana telah menjelajah hampir ke seluruh benua India termasuk Sri Lanka. Sungai di mana Sita mencuci pakaiannya, batu yang dipijak oleh Rama, gunung yang terbelah dua akibat tekanan Hanuman - demikian rakyat jelata India mengaitkan kampung kecil atau pekan mereka dengan Rama, Sita, Lakshmana, dan Hanuman. Selain itu, setiap watak Ramayana telah menjadi ideal masyarakat Hindu sejak beribu-ribu tahun. Setiap wanita Hindu mengidamkan suami seperti Rama. Setiap lelaki Hindu menginginkan isteri seperti Sita. Setiap adik-beradik cuba menjadi seperti Rama dan Lakshmana. Setiap orang mengharapkan sebuah kerajaan ideal seperti Ramarajya. Demikian, watak-watak Ramayana telah memberikan inspira...