Skip to main content

Dewi-Dewi Hindu

Rig Veda, rekod agama yang tertua di India, menampilkan suatu masyarakat yang dikuasai oleh dewa-dewa. Dewi-dewi hanya mendapat kedudukan yang kurang penting dalam masyarakat Vedik.

Antara dewi-dewi popular ialah Aditi, Saraswathi, Prithivi, Shri, Devi, Ratri, Ambika, Uma, did an  Durga. 

ADITI

Dewi Aditi sering disebut sebagai Ibu Dewa-Dewa (Deva Mata). Semua dewa-dewa dianggap sebagai anak-anak Aditi. 

Aditi juga adakalanya dikenali sebagai Ibu Alam Semesta. 

Tradisi bahawa Aditi menjadi ibu segala dewa-dewi telah berterusan dalam zaman Purana. Namun, pada bila-bila masa pun, Aditi tidak pernah menjadi seorang Dewi yang popular. 

PRITHIVI

Dari segi evolusi penyembahan Ibu, dewi yang amat penting ialah Dewi Bumi atau Prithivi. Dikenali juga sebagai ‘Ibu yang Agung’. 

Meskipun Dewi Ibu sentiasa disembah atau dipuja bersama Bapa Syurga (Dyaus), keagungan dan kehebatan Dewi ini telah memberinya kedudukan yang amat istimewa. 

Ibu Bumi dan Bapa Syurga disembah untuk memberikan tanaman yang subur dan merahmati kehidupan manusia dengan kekayaan, kebahagiaan, kekuatan, zuriat, serta usia yang panjang. Perlindungan Dewa dan Dewi ini juga dipohon ketika peperangan. 

“Semoga Prithivi tidak murka pada kami pada bila-bila masa!” 

Segala perasaan keibuan, kasih sayang, kemurahan hati, dan kecekalan menjadi ciri-ciri utama Prithivi.

Dengan bangga, para Rishi zaman Vedik memujanya, “Hebatnya Ibu Bumi kami” (Rig Veda 1.168.33). Keluasan, kepelbagaian, kesumberan, dan kesuburan Ibu Bumi disanjung tinggi dengan pelbagai cara. 

Kebenaran dan kehebatan, kebaikan dan kekuatan, kesucian, disiplin Rohani, Brahman, dan pengorbanan, memelihara Bumi;... Bumi menghasilkan aneka jenis herba, biarlah Bumi terbentang luas bagi kami, memberikan kekayaan ke pada kami. Lautan, sungai-sungai — sumber-sumber air, wujud padaNya; segala makanan dan tanaman bertumbuh di atasNya; segala benda bernafas dan bergerak berkembang padaNya;... biarlah Bumi memberikan kami segala kemakmuran. 

Hati Abadi Bumi ini, yang diliputi dengan kebenaran, berada pada langit yang tertinggi, biarlah Bumi memberikan kami kepintaran, kekuatan. 

Atharva Veda 12.1.1-18
........

Idea Bapa-Langit dan Ibu-Bumi sesunguhnya wujud dalam semua agama-agama purba. Proses penyuburan Ibu-Bumi oleh Bapa-Langit dengan hujan adalah suatu ke percayaan umum yang telah wujud sejak awal tamadun manusia. 

Kepercayaan dan penyembahan Ibu Bumi menjadi aspek utama agama hampir semua puak orang asli di India. 

Ramayana memaparkan Dewi Sita sebagai puteri Ibu Bumi yang ditemui ketika orang memajak tanah. 

Aitareya Brahmana (8.5) menggambarkan bumi dengan Shri. 

Dalam beberapa Upanishad kemudian, Bumi dikaitkan dengan Dewi Shri atau Lakshmi, dewi pertanian dan kekayaan. 

Dalam Purana, Bumi digambarkan sebagai suatu aspek Shakti atau Ibu yang Agung. 

Bumi juga dianggap sebagai kuasa atau Shakti yang berkait dengan Vishnu, yang dikenali sebagai Bhu Devi. 

Dalam arca-arca zaman Gupta, Vishnu sering diiringi  Shri dan Bhu, atau kadang-kadang bersama Shri, Bhu, dan Nila. Dalam zaman itu, Vishnu nampaknya telah mengambil alih peranan Dewa Suria dari zaman  Vedik. Shri Dewi dan Bhu Dewi pula menggambarkan dua aspek Ibu Bumi, iaitu aspek kekayaan dan produktiviti. 

Asal-usul  Dewi Durga, seperti yang digambarkan  dalam Purana dengan pelbagai lagenda, falsafah yang menggagumkan, serta tradisi pemujaanNya menunjukkan suatu gabungan Dewi dalam Purana dengan Dewi Bumi. 

Pemujaan Durga Di Bengal bermula dalam musim luruh, menandakan permulaan musim menuai di Bengal. Masyarakat Bengal memanggil Dewi Durga sebagai Dewi musim luruh. Pemujaan dewi ini bermula dengan penyembahanNya dalam batang pokok Bilwa. 

Dalam tahap kedua, Dewi ini disembah dalam Navapatrika, suatu bentuk dewi yang diperbuat dari pada pohon  pisang dan lapan jenis tumbuhan. Semasa pemujaan Navapatrika, Dewi disanjung dengan ayat-ayat suci. 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Sembah Berhala?

Soalan Purba Salah satu soalan yang sering dilontarkan kepada seorang Hindu ialah: 'Kenapa kamu sembah patung?' Malah, dalam kalangan penganut Hindu sendiri, ramai yang tidak tahu atau pernah menyoal diri sendiri tentang perbuatan menyembah sesuatu berhala atau gambar. Ini bukan satu soalan yang baru! Soalan ini telah dikemukakan dan dijawab dalam kitab-kitab suci agama Hindu, terutamanya dalam teks-teks   Āgama   dan Purana .  Suatu peristiwa dalam riwayat Swami Vivekananda memberikan jawapan kepada soalan purba ini begini:  Raja Mangal Singh ialah seorang pemerintah di Alwar. Baginda seorang yang berpendidikan moden dan tidak mempercayai agama Hindu.   Dalam suatu pertemuan dengan Swami Vivekananda, Raja Mangal Singh bertitah: “Beta tidak percaya kepada penyembahan berhala. Tengok, beta tidak boleh menyembah  kayu, tanah, batu, atau logam, seperti orang lain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?”   Swami Vivekananda menjawab, “Sa...

Narada Bhakti Sutras

Narada Muni Pengenalan  "Jalan yang terbaik untuk bersatu dengan Tuhan ialah dengan mengikuti laluan Cinta Ketuhanan yang diajar oleh Narada." ~ Sri Ramakrishna Narada Bhakti Sutra merupakan sebuah karya klasik dan otoriti utama falsafah Bhakti. Karya ini dipercayai dihasilkan oleh Narada, seorang Rishi yang amat terkenal dalam zaman Purana.  Kitab ini menggariskan proses Bhakti (Cinta pada Tuhan) atau Bhakti Yoga. Oleh itu, Narada Bhakti Sutra menjadi sebuah kitab suci yang penting dalam tradisi Bhakti dalam agama Hindu, terutamanya golongan Vaishnava dan Vedantin.   Karya ini juga disanjung tinggi kerana gaya bahasanya yang pendek dan mudah difahami. Ini mungkin kerana Narada hanya merekodkan pengalamannya sendiri. Kitab ini tidak memberikan sebarang teori atau falsafah yang rumit, tetapi suatu panduan ringkas untuk membantu orang-orang yang hendak menjalani disiplin rohani.  Narada juga merakamkan pengalaman dan penga...

Sejarah Awal Saivisme

Asal-Usul Asal-usul Saivisme sebagai sebuah agama telah hilang ditelan masa. Bukti penyembahan Siva sememangnya wujud dalam teks-teks awal di India dan juga daripada penemuan arkeologi yang tertua.  Teks-teks Veda menyebut tentang Rudra . Dengan edaran masa, Rudra dikenalpasti sebagai Siva.  P ā nini (sekitar 400 S.M.) menyebut bahawa Rudra juga dikenali sebagai Mrid ā , Bhava, dan Sarva (1, 49; 3, 53; 4,100).  Menurut Kalhana dalam kitab  R ā jatarangani , Asoka (268-233 S.M.) melawat Kashmir dan membina sebuah kuil Siva yang dikenali sebagai Asokesvara (1, 105-107). Kautilya pula menyarankan bahawa sebuah kuil Siva harus dibina dalam kawasan bandar ( Artha S ā stra , Buku 2, Bab 4, ms.54 edisi S ā ma S ā stri).  Dalam kitab  Mah ā bh ā sya (sekitar 200 S.M.), Patanjali menyebut dengan spesifik mengenai penganut-penganut Siva (dikenali sebagai Siva-bh ā gavata ). (5,2,76). Teks ini juga menyebut tentang arca-arca Siva, Skanda, dan...