Skip to main content

Posts

Ramayana

Pengenalan Sri Rama Tidak ada karya lain yang telah mempengaruhi segala aspek kehidupan penduduk India seperti Ramayana. Antara dua epik India, Mahabharata dan Ramayana , ternyata pengaruh Ramayana adalah lebih mendalam dan luas. Sebab utama untuk keadaan ini adalah kerana watak-watak utama Ramayana telah menjelajah hampir ke seluruh benua India termasuk Sri Lanka. Sungai di mana Sita mencuci pakaiannya, batu yang dipijak oleh Rama, gunung yang terbelah dua akibat tekanan Hanuman - demikian rakyat jelata India mengaitkan kampung kecil atau pekan mereka dengan Rama, Sita, Lakshmana, dan Hanuman. Selain itu, setiap watak Ramayana telah menjadi ideal masyarakat Hindu sejak beribu-ribu tahun. Setiap wanita Hindu mengidamkan suami seperti Rama. Setiap lelaki Hindu menginginkan isteri seperti Sita. Setiap adik-beradik cuba menjadi seperti Rama dan Lakshmana. Setiap orang mengharapkan sebuah kerajaan ideal seperti Ramarajya. Demikian, watak-watak Ramayana telah memberikan inspira...

Kama Deva

Kama ( काम k ā ma) ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai tiga maksud. Amnya  Kama bermaksud “idaman”, “kemahuan”, dan “niat”. Secara spesifik Kama bermaksud “keseronokan” dan “cinta (seksual)”. Selain itu, Kama juga bermaksud ‘Kamadeva’, Dewa Cinta dalam agama Hindu. Kamadeva Sumber : MyGodPictures.com Dewa Kama dan Dewi Rati Salah satu keistimewaan atau keunikan agama Hindu adalah bahawa setiap aspek kehidupan, baik atau buruk, telah didewa-dewakan atau mempunyai dewa yang mengawalnya. Demikian, cinta dan nafsu berahi juga berada di bawah sanjungan dewa-dewi.  Kamadeva (Devanagari: कामदेव ) atau Kama ialah Dewa cinta dan keinginan. Kama sering digambarkan bersama-sama pasangan perempuannya, Rati . Kamadeva juga mempunyai seorang isteri lain bernama Trisha . Nama ‘Kama’ disebut dalam Rig Veda (9, 113. 11). Kamadeva juga ialah suatu nama Vishnu dalam Vishnu Purana dan Bhagavata Purana (SB 5.18.15). Krishna dan Shiva juga dipanggil sebagai Kama. Agni dip...

Siapakah Guru Yang Sejati?

Maksud 'Guru'  Guru bermaksud 'seseorang yang dipuji (disebabkan sifat-sifat mulianya)' dan 'seorang yang mengajar (ilmu seperti Veda)'.  Dalam agama dan kebudayaan Hindu, setiap sains atau ilmu perlu dipelajari secara langsung daripada seorang Guru yang bertauliah dalam sesuatu bidang.  Pembelajaran dianggap sebagai suatu disiplin kerohanian (Tapasya). Oleh itu, Guru yang mengajar sesuatu ilmu perlu dihormati dan disanjung tinggi.  Perkataan 'Guru' juga digunakan dalam konteks yang luas. Adakalanya, perkataan ini bermaksud, 'seorang yang menyingkirkan kegelapan kejahilan'. Dalam konteks ini, Guru merujuk kepada seorang guru rohani, seorang yang mahir dalam ilmu sastera agama dan telah kukuh dalam ilmu Brahman atau Tuhan ( Mundaka Upanishad  1.2.12).  Kepentingan Guru  Sankaracharya  menggubah sebuah puisi yang indah yang dikenali sebagai " Guru Ashtakam ". Sebuah rangkapnya berbunyi begini:   ṣaḍańgādivedo mu...

Siapakah Avatara?

Sri Ramakrishna Konsep Avatara (jelmaan Tuhan) merupakan salah satu kepercayaan utama dan rukun asas dalam agama Hindu, terutamanya dalam falsafah Vedanta dan mazhab-mazhab Vaishnava dan Sakta. Perkataan 'Avatara' lazimnya sering dikaitkan dengan Maha Vishnu. Menurut tradisi-tradisi Vedanta, Vaishnava, dan Sakta, Siva Mahadeva juga telah menjelma dalam beberapa rupa. Namun, pandangan ini tidak diterima oleh mazhab Saivisme.  Sri Ramakrishna menjelaskan konsep Avatara begini:  "Manusia boleh menikmati Bhakti dan cinta kepada Tuhan hanya melalui Jelmaan-Nya.    Permainan (Lila) Tuhan adalah tidak terkira. Tetapi, apa yang aku perlu ialah cinta dan Bhakti. Aku hanya mahu susu. Susu keluar daripada tetek lembu. Jelmaan ialah bagai tetek lembu."  Sri Rama Menurut Swami Vivekananda pula:  Teori Jelmaan ialah gelang pertama dalam rantai idea yang mengakui kesatuan Tuhan dan manusia.  Asal-Usul Avatara berasal dari akar perkataan Sans...