Skip to main content

Posts

Siapakah Guru Yang Sejati?

Maksud 'Guru'  Guru bermaksud 'seseorang yang dipuji (disebabkan sifat-sifat mulianya)' dan 'seorang yang mengajar (ilmu seperti Veda)'.  Dalam agama dan kebudayaan Hindu, setiap sains atau ilmu perlu dipelajari secara langsung daripada seorang Guru yang bertauliah dalam sesuatu bidang.  Pembelajaran dianggap sebagai suatu disiplin kerohanian (Tapasya). Oleh itu, Guru yang mengajar sesuatu ilmu perlu dihormati dan disanjung tinggi.  Perkataan 'Guru' juga digunakan dalam konteks yang luas. Adakalanya, perkataan ini bermaksud, 'seorang yang menyingkirkan kegelapan kejahilan'. Dalam konteks ini, Guru merujuk kepada seorang guru rohani, seorang yang mahir dalam ilmu sastera agama dan telah kukuh dalam ilmu Brahman atau Tuhan ( Mundaka Upanishad  1.2.12).  Kepentingan Guru  Sankaracharya  menggubah sebuah puisi yang indah yang dikenali sebagai " Guru Ashtakam ". Sebuah rangkapnya berbunyi begini:   ṣaḍańgādivedo mu...

Siapakah Avatara?

Sri Ramakrishna Konsep Avatara (jelmaan Tuhan) merupakan salah satu kepercayaan utama dan rukun asas dalam agama Hindu, terutamanya dalam falsafah Vedanta dan mazhab-mazhab Vaishnava dan Sakta. Perkataan 'Avatara' lazimnya sering dikaitkan dengan Maha Vishnu. Menurut tradisi-tradisi Vedanta, Vaishnava, dan Sakta, Siva Mahadeva juga telah menjelma dalam beberapa rupa. Namun, pandangan ini tidak diterima oleh mazhab Saivisme.  Sri Ramakrishna menjelaskan konsep Avatara begini:  "Manusia boleh menikmati Bhakti dan cinta kepada Tuhan hanya melalui Jelmaan-Nya.    Permainan (Lila) Tuhan adalah tidak terkira. Tetapi, apa yang aku perlu ialah cinta dan Bhakti. Aku hanya mahu susu. Susu keluar daripada tetek lembu. Jelmaan ialah bagai tetek lembu."  Sri Rama Menurut Swami Vivekananda pula:  Teori Jelmaan ialah gelang pertama dalam rantai idea yang mengakui kesatuan Tuhan dan manusia.  Asal-Usul Avatara berasal dari akar perkataan Sans...

Kenapa Sembah Berhala?

Soalan Purba Salah satu soalan yang sering dilontarkan kepada seorang Hindu ialah: 'Kenapa kamu sembah patung?' Malah, dalam kalangan penganut Hindu sendiri, ramai yang tidak tahu atau pernah menyoal diri sendiri tentang perbuatan menyembah sesuatu berhala atau gambar. Ini bukan satu soalan yang baru! Soalan ini telah dikemukakan dan dijawab dalam kitab-kitab suci agama Hindu, terutamanya dalam teks-teks   Āgama   dan Purana .  Suatu peristiwa dalam riwayat Swami Vivekananda memberikan jawapan kepada soalan purba ini begini:  Raja Mangal Singh ialah seorang pemerintah di Alwar. Baginda seorang yang berpendidikan moden dan tidak mempercayai agama Hindu.   Dalam suatu pertemuan dengan Swami Vivekananda, Raja Mangal Singh bertitah: “Beta tidak percaya kepada penyembahan berhala. Tengok, beta tidak boleh menyembah  kayu, tanah, batu, atau logam, seperti orang lain. Jadi apakah nasib beta selepas beta mangkat?”   Swami Vivekananda menjawab, “Sa...