Pengenalan Yasodha dengan Sri Krishna Sekiranya tahap kecemerlangan sesuatu tamadun dan kebudayaan bergantung kepada tahap kecemerlangan kaum wanitanya, maka, wanita-wanita zaman Veda dan Purana telah memenuhi tahap ini tanpa sebarang keraguan. Wanita-wanita zaman Veda dan Purana menjadi ideal kewanitaan yang unggul dan boleh menjadi aspirasi tinggi untuk semua zaman. Wanita-wanita Hindu telah mencatatkan nama mereka dalam pelbagai bidang ilmu yang tinggi seperti, keagamaan, kerohanian, ilmu mistik, falsafah, kesusasteraan, ilmu pertahanan dan peperangan, pentadbiran kerajaan dan pelbagai kesenian. Agama Hindu menetapkan bahawa matlamat akhir kehidupan ialah untuk mencapai Tuhan dan mendapatkan ilmu-Ketuhanan. Orang-orang yang berjaya memperolehi ilmu-Ketuhanan ini dinamakan sebagai Brahmajnani. Sejak zaman Rig Veda, terdapat ramai wanita-wanita alim yang telah menjadi Brahmajnani (atau Brahmavadini) seperti Vagambhrni. Gargi Vacaknavi ialah seorang mahaguru yang ...