Asal-Usul Asal-usul Saivisme sebagai sebuah agama telah hilang ditelan masa. Bukti penyembahan Siva sememangnya wujud dalam teks-teks awal di India dan juga daripada penemuan arkeologi yang tertua. Teks-teks Veda menyebut tentang Rudra . Dengan edaran masa, Rudra dikenalpasti sebagai Siva. P ā nini (sekitar 400 S.M.) menyebut bahawa Rudra juga dikenali sebagai Mrid ā , Bhava, dan Sarva (1, 49; 3, 53; 4,100). Menurut Kalhana dalam kitab R ā jatarangani , Asoka (268-233 S.M.) melawat Kashmir dan membina sebuah kuil Siva yang dikenali sebagai Asokesvara (1, 105-107). Kautilya pula menyarankan bahawa sebuah kuil Siva harus dibina dalam kawasan bandar ( Artha S ā stra , Buku 2, Bab 4, ms.54 edisi S ā ma S ā stri). Dalam kitab Mah ā bh ā sya (sekitar 200 S.M.), Patanjali menyebut dengan spesifik mengenai penganut-penganut Siva (dikenali sebagai Siva-bh ā gavata ). (5,2,76). Teks ini juga menyebut tentang arca-arca Siva, Skanda, dan...