Pengenalan Rāmānujācārya (1017-1137 Masihi) merupakan seorang ahli teologi Hindu, falsafah dan pengulas sastera Hindu. Beliau berasal daripada keluarga Brahmin Tamil di kampung Sri Perumbudur, Tamil Nadu. Rāmānujācārya juga dikenali sebagai Śri Rāmānuja, Udayavar, Yatirāja (Ethirajar), Emberumānar , dan Lakshmana Muni . Beliau dianggap sebagai Acharya (guru) yang penting dalam tradisi Śri Vaiṣṇava(pemuja Viṣn̩u) . Beliau juga merupakan salah seorang tokoh penting Viśiṣṭādvaita Vedānta , iaitu salah satu mazhab Vedanta. Biografi Kelahiran Rāmānujā lahir pada tahun 1017 di kampung Sri Perumbudur, Nadu. Bapanya ialah Asuri Kesava Dikshita dan ibunya Kantimati. Menurut tradisi, Kesava Dikshita dan Kantimati telah berdoa kepada Dewa Parthasarathy untuk mendapat cahaya mata. Doa mereka terkabul apabila Dewa Parthasarathi muncul dalam mimpi Kesava dan berjanji untuk lahir sebagai anaknya. Sejak kecil, Rāmānujā mempunyai daya pemahaman dan kepintaran...