Sarada Devi (Bengali: সারদা দেবী ; Sharodā Debi merupakan seorang tokoh wanita India kurun ke-19. Beliau merupakan isteri Sri Ramakrishna Paramahamsa . Kisah hidup Sarada merupakan satu rekod utama dalam sejarah wanita India dan antarabangsa. Hidupnya menjadi idola sebagai seorang anak, kakak, isteri, ibu dan guru rohani. Fakta bahawa seorang wanita kampung yang tidak berpendidikan, yang kini dipuja oleh jutaan manusia di seluruh dunia sebagai seorang Dewi, dapat menggambarkan kehebatannya. Pada 22 Disember 1853, Saradamani Devi telah lahir di kampung Jayrambati (terletak lebih kurang 100 km di barat Kolkata) di Bengal Barat, India. Sarada ialah anak sulung Ramchandra Mukhopadhyaya (atau Mukherji) dan Syamasundari Devi, pasangan Brahmin yang miskin. Ramchandra mencari rezekinya dengan bertani dan juga melakukan kerja-kerja sami. Suatu hari, Ramachandra sedang bermimpi tentang seorang budak perempuan yang sangat cantik dan berkulit keemasan...